|
Soalan-Soalan Lazim / Frequently Ask Question (FAQ) 1.    Bagaimana Jika saya ingin membuat tempahan kad kahwin di website ini?
Sila isi borang tempahan yang terdapat di halaman web ini. Anda juga boleh merujuk halaman ini. http://www.kadkahwin.com/index.php?option=com_content&view=article&id=15&Itemid=37  2.    Adakah pihak Kanda & Dinda menerima tempahan dari Singapura & Brunei? Kami menerima tempahan tak kira di mana jua anda berada. Kad rekaan Kanda & Dinda Wedding Cards telah ditempah oleh pasangan pengantin dari Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura, Australia, German, London, USA dan banyak lagi.  3.    Berapa lama tempoh kad saya boleh disiapkan? Tempoh kad disiapkan bergantung kepada jenis kad tertentu. Kebiasaannya mengambil masa 2-4 minggu dari tarikh anda membuat tempahan. Bagi kad VIP / Hard Cover tempoh masa yang lebih diambil iaitu sekurang kurang 6 minggu. Ini kerana kad hardcover memerlukan kerja tangan yang teliti (handmade). Sila buat tempahan awal untuk mengelakkan kelewatan kad anda diterima.  4.    Bolehkah saya menempah kad perkahwinan di Showroom Kanda & Dinda Wedding Cards? Ya. Sudah tentu boleh!. Di showrrom kami anda boleh memilih dan melihat dengan lebih dekat kad kad rekaan kami.  5.    Di mana letaknya showroom Kanda & Dinda Wedding Cards? / Ada cawangan lain tak? Showroom kami hanya terdapat di Puchong, Selangor sahaja. Alamat showroom seperti berikut. Kanda & Dinda Wedding Cards. 40 Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor. GPS Coordinate: N 003.01632 , E 101.61568
Tel: +603.8062.8144  Fax: +603.8062.8145 Web: http://www.kadkahwin.com  6.    Adakah pihak Kanda & Dinda Wedding Cards membuka peluang kepada agen? Buat masa ini kami belum lagi bersedia untuk menerima sebarang agen. Insyaallah di masa akan datang akan di war-war didalam website sekiranya kami telah bersedia.
 7.    Mengapa saya menerima draf artwork dalam format hitam & putih? Semua pelanggan akan menerima draf kad kahwin mereka dalam bentuk hitam putih terutama mereka yang tempah kad 1 proses warna. Cth: Silver / Gold / Hijau / Biru / Dll. Ini bagi memudahkan kami bagi proses pembikinan "plate". Hanya pelanggan yang membuat tempahan kad yang penuh warna (full color) sahaja akan menerima draf artwork dalam bentuk berwarna. Walau bagaimana pun, anda tidak perlu risau kerana semuanya akan berjalan seperti warna yang anda inginkan.
Utk perhatian pelanggan: - Warna hitam - mewakili warna cetakan yang telah anda pilih. Cth: Silver / Gold / Hijau / Biru / Dll. Warna putih - mewakili warna kertas / background.  8.    Saya ingin tempah kad tetapi adakah kad saya dijamin akan tiba dalam keadaan yang baik ? Sebelum kami courier atau pos, kad anda akan dibungkus dengan rapi sebaik mungkin. Kami jamin semua kad adalah dalam keadaan yang baik semasa penghantaran dibuat. Selebihnya adalah dibawah tanggungan syarikat courier/pos. Sehingga ini kami amat kurang menerima rungutan kad yang tiba dalam keadaan yg tidak baik / tidak berkualiti. Hanya satu kes sahaja melibatkan kad basah kerana kawasan penghantaran dlm keadaan banjir. Itu diluar tanggungan kami. Sekiranya kad diterima dalam bungkusan yg koyak/terburai atau seperti telah dibuka, sila buat aduan dengan syarikat penghantaran kerana ia diluar bidang kuasa kami. harap penjelasan ini sedikit sebanyak dapat membantu.  9.    Bilakah waktu showroom dibuka ? Mulai 1 Januari 2010 waktu urusniaga kami adalah seperti berikut: ISNIN-JUMAAT : 10.00 AM - 8.00 PM | SABTU : 10.00 AM -6.00 PM . Showroom kami ditutup pada setiap AHAD dan Cuti-Cuti Umum.  10.    Bagaimanakah jika saya ingin masuk ke ruangan "Customer Login" ? Ruangan "Customer Login" adalah untuk pelanggan yang telah membuat tempahan sahaja. Pelanggan akan diberi access masuk untuk merujuk status invois dan tempahan. Sebarang pertanyaan juga boleh dibuat melalui system ticket yang disediakan.  11.    Mengapakah pihak Kanda Dinda mengenakan cas reka bentuk artwork dan peta RM30 / RM50, sedangkan ada syarikat lain tidak mengenakan sebarang cas tambahan ? Ini satu soalan yang sangat bagus dan amat perlu diberi perhatian pelanggan. Di Kanda & Dinda Wedding Cards kami amat menekankan reka bentuk sebaik mungkin, susun atur huruf dan peta perlu di reka dengan kemas dan teliti. Kami sendiri tidak akan berpuas hati sekiranya pelanggan diberi rekabentuk yang ala kadar, cincai atau lebih kurang. Kami juga memberi peluang kepada pelanggan untuk menyemak dan membuat sebarang pembetulan sehingga pelanggan sendiri berpuas hati. Sedikit masa yang lebih diperlukan oleh pereka bentuk professional kami. Pereka bentuk kami adalah graduan terbaik dalam bidang berkaitan rekabentuk grafik. Kami telah menerima banyak pelanggan yang asalnya telah membuat kad di tempat/kedai lain tetapi akhirnya kembali kepada kami kerana ciri ciri di atas. Kami percaya sedikit cas tambahan tidak akan membebankan tetapi kepuasan pelanggan adalah lebih penting.  12.    Adakan Kanda & Dinda Wedding Cards syarikat Bumiputera ? Ya! Sudah semestinya. Hampir 99% staff kami terdiri daripada warga Bumiputera.  13.    Saya beragama Kristian / Budha / Hindu / Dll, bolehkah Kanda Dinda menerima tempahan saya ? Ya! Sudah semestinyaboleh. Kita kan 1Malaysia :) . Rekabentuk kad Kanda & Dinda Wedding Cards sesuai diguna pakai oleh semua kaum dan bangsa manusia. Anda boleh menyediakan kata kata/ayat/wording sendiri atau kami juga boleh menyediakan jemputan dalam bahasa Inggeris untuk anda jika perlu.
|